The Kickass Rule

We are all chasing shadows, aren't we?

Drop some comments




Seorang lelaki sengal tahap luar biasa.
Hobi masa kanak-kanak: Suka kencing tepi semak.
Hobi sekarang: Suka 'kencing' member.


Kawan laki selalu kata aku sengal. 
Kawan pompuan selalu kata aku annoying.
Kawan asshole kata aku playboy.
Kawan playboy kata aku loser.


Menetap di Johor tapi bukan anak jati Johor.
Lahir di Kelantan tapi tak mengaku orang Kelantan.
Bangga mempunya darah Jawa walau bahasa Jawa sepatah habuk pun tak faham.
Kabare wak? Tu je yang aku faham.


Tak hebat, tak bijak, tak macho, 
Tak hebat main Dota,
Tak pandai main Sudoku. 
Tak pandai mengorat anak dara orang,
Tak pandai pujuk makbapak suruh belikan Blekberi atau Aipek
Tak pandai bodek orang.


Suka mengkritik apa yang aku rasa tak kena.
Suka pangkah orang yang cakap merepek.
Suka bercakap, tapi cuma 10% je dari percakapan tu yang korang perlu dengar.
Yang lain tu dusta semata-mata.


Suka berkawan, tapi suka buat hal sendiri.
Suka bercakap, and suka mendengar.
Suka gelak bila lawak, suka senyap bila tak lawak.
Telinga pernah dimasuki kumbang 3 kali, so aku ada masalah lambat pick up kalau korang bercakap dengan telinga kanan aku.

Pencapaian akademik terbaik UPSR 5A.
Pencapaian akademik terburuk gila kau aku nak bagitau?
Hal akademik yang aku belum capai, dapat A dalam Math.

Cita-cita jadi Engineer.
Impian nak ada family bahagia.
Target utama nak bini comel.
Target kedua nak beranak 5.
Target tinggi sikit, nak ada helikopter sendiri, parking depan rumah.
Target tinggi sikit dari tadi, nak ajar anak lelaki main basketball sampai dapat wakil sekolah.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...