The Kickass Rule

We are all chasing shadows, aren't we?

Drop some comments
Di 'Story' kan oleh : El Sunday, August 3, 2014 tepat kul 1:18 AM 4 Comments

Macam hari minggu kebiasaan, aku keluar seorang jalan-jalan. Kat KL ni kalau jalan-jalan standardlah jalan-jalan kat Mall. Mustahil betul ada orang yang jalan-jalan tepi jalan raya di tengah panas untuk ambil angin. Bukan saja panas dan humid, malah angin yang diambil tu mungkin terdiri dari karbon monoksida yang terhasil dari kereta-kereta standard yang bukan hybrid yang tengah berpusu-pusu di jalan raya. Jangan tanya lebih pasal karbon monoksida, aku tak bertanggungjawab mendidik reader supaya pandai subjek kimia.

Aku turun dari komuter, lalu jejantas untuk ke mid valley. Dan dari jauh aku terdengar satu lagu yang agak familiar, tapi dari suara yang lain. Semakin aku melangkah ke semakin jelas lagu tu.

"Don't you know you might find a better place to stay..."

Dalam hati aku terus menyambung line lagu tu dengan kadar yang pantas dan biar tempo berterabur asalkan aku dapat recall tajuk lagu dan penyanyi asal.

"So...Sally can wait. She knows its too late"

Ye it's too late untuk aku fikirkan tajuk tu. Brader yang sedang basking lagu tu was right there in front of me. Berambut panjang paras bahu. Tshirt dan jean koyak. Steady letak casing gitar didepan untuk orang dropkan duit, mata pencarian para baskers.

Aku amazed dengan cara beliau strumming dan rentak yang diubah cara acoustic padan dengan suara beliau yang serak serak basah ibarat popia basah yabg digigit sedikit oleh Andy Flop poppy yabg juga bersuara serak basah. Entah apa beza serak dan serak basah sampai sekarang aku tak tahu. Tapi bila panggil orang kulit gelap tu hitam mesti orang tu kecil hati, so kita panggil hitam manis konon jaga perasaan. Ah hipokrit! (Tiba-tiba)

"And don't look back in anger....I heard you say"

Ye. Dont look back in anger by Arctic Monkey. Time lagu tu habis aku baru teringat. Brader tu letakkan guitar beliau jenama Darling. Aku masih terpaku depan beliau. Jarang aku terpaku depan lelaki sebenarnua. Dan serious aku harap ini last sebab aku mahu kekal jadi lelaki normal yang impikan isteri yang anggun dan ayu seperti Neelofa atau Siti Saleha.

"Ye bro, nak request lagu ke?" Soal brader basker tu. Sambil tu seorang mat saleh yang lalu meletakkan RM10 kedalam casing guitar. Kelihatan contrast warna merah duit tu dalam kalangan seringgit dan syiling. Orang kita mana pernah bagi basker lebih seringgit. Nak derma kat masjid pun berkira. Eh apasal aku yang terasa ni.

Aku menjawab, "Ha boleh juga. Power bro kau main. Boleh main lagu ni tak? Alaa..."

"Lagu apa?"

"Lagu ala..adui lupa. Jap nak nyanyi dalam hati dulu. Nanana lala hmm your heart...ha, Like A Stone dari Audioslave"

"Boleh, tapi...kejap eh. Nak rehat jap." Brader tu capai air mineral dan duduk di atas kotak amplifier.

(TO BE CONTINUED)

best ke tak best? 

4 Responses so far.

  1. Apa ni bersambung ni? cis cis

  2. Cheit. Nak sambungannnn dieeee *desperate tetibe*

  3. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

  4. tahu dah lambat... tpi bukan lagu tu by Oasis ke?

Post a Comment

anda pilih teh ais yang berbayar atau comment yang free?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...