The Kickass Rule

We are all chasing shadows, aren't we?

Drop some comments
Di 'Story' kan oleh : El Friday, October 14, 2011 tepat kul 3:58 PM 6 Comments



"Weh, bahaya la contact lens! Nanti kalau pakai boleh termasuk ke belakang mata tau?!"

Kadang-kadang macam dah bosan bila dihadapkan dengan respon macam ni. Boleh kata dalam 10, 7 orang  akan bagi respon macam ni. Info diorang bagi sama je, contact lens pegi belakang mata, contact lens hanyut pergi ke cornea, and paling lawak, contact lens pecah dalam mata. What...seriously? Contact lens ni dibuat dari gel, apa ingat contact lens tu dibuat dari kaca mentol ke?

Memang dah lekat dah dalam malay society, macam aku selalu cakap before ni, diorang lebih pandang isu yang lebih controversial, sort of, fakta yang bunyi-gempak-walaupun_tak-berapa-betul-tapi-kalau-cerita-kat-orang-mesti-orang-terkejut. Actually, memanglah ada risiko-risiko dia. Eye irritation, jangkitan kuman, conjunctivitis, contact lens lekat kat mata lepas bangun tido. Ini pun still little possible risk could happen to contact lens user. Berlaku untuk certain circumstances, orang yang allergic atau user tu tak pandai guna. Standardlah kan, semua benda ada risiko. Even berus gigi yang nampak comel and innocent itu pun ada risiko tau?





Tapi kenapa dalam banyak-banyak risiko tu, mesti kes contact lens tersusuk dalam belakang mata yang paling disebut-sebut, sedangkan kes macam ni setahu aku cuma terjadi sekali dalam sejuta orang pemakai contact lens? Itu pun maybe dia pakai contact lens murah jenama Bawang ke apa. Sebab mata kita memang bulat, tapi tak complete round sampai contact lense boleh gerak-gerak sesuka hati mak bapak dia.


Sebab bentuk bulat dia macam ni...



...bukannya macam ni.





Trust me. Jangan percaya benda mengarut tu. Sebab mostly yang cakap tu bukannya pernah pakai contact lens pun. Sekadar dengar cakap-cakap and rumours dari internet je. Bukanlah aku nak takbur kata benda tu takkan jadi, tapi bagi aku risiko macam ni normal lah. Kalau benda tu nak jadi, then it happens. Sama macam korang naik kereta, setiap tahun ada beribu-ribu kes accident sampai mati. Kita semua tahu, tapi kitastill naik jugak. Same goes to kes contact lens termasuk belakang mata yang setahun berapa kali je terjadi. Kenapa yang ni korang gelabah pulak sampai takut nak pakai contact lens?
Takkan nak kata buta tu lebih teruk dari mati? 

Macam aku kata tadi, everything has its own risk. Even berus gigi yang nampak innocent tu pun kalau nak kira risiko sangat, boleh terjolok tekak sampai mati. So sama je dengan kes contact lens ni. Benda camtu apa pun boleh jadi. Cuma kita kena tawakal je lah. Aku pakai pun sebab lebih convenient dari pakai spect, especially bila nak main sport. Dah setahun lebih aku pakai. And so far, belum ada apa-apa masalah lagi pada aku, even dah banyak kali aku tido dalam bas/kereta masa pakai contact lens dengan lenanya. Tak payah takut sangat lah. Sebab kalau contact lens ni bahaya takdelah orang reka. Jangan jadi bingai sangat dengar cakap orang tak berfakta. Lagipun, pakai contact lens ni pun untuk benefit yang penting. Lainlah kalau pakai contact lens kaler hijau biru tapi takde power pun. Kalau girls macam tu, yang saje pakai untuk tingkatkan effect kecomelan diorang, aku pun rasa nak cungkil je mata dia.

  
Ok kalau ex aku baca sentence yang last tu, mampus...



  

best ke tak best? 

6 Responses so far.

  1. moral nya


    tak payah pakai :)

  2. good entry from unimap blogger united :)

  3. wahahhha..
    nice info..
    saya pun baru nak try pakai..
    :)

  4. wei, ak pun pakai gak. ok la. blom masuk belakang mata lagi. tido ngn contact lens pun pernah. hahaha. tak baik sebenarnya, tapi aku belasah gak. rajin pulak aku kan nk cabut lens dulu bru tido. nak2 bila dlm keta.

  5. betol2 taw takpa... depa dok kata bkn bukan2 bila paki lens ni.,.

    byk ngatif dr positiv.
    cemburu mgkin.hehe
    tp aku pakai dah 3 tahun, ok jek..
    janji pandai jaga .
    jgn dok dgr sgt apa org kata, yg penting keselesaan kita :)

  6. Aku pakai rilkes jer.

    Ni awat depa dok kalut sampai terbenam kat belakang mata tu?

    Ceh! Pandai cakap, tapi tak pandai selidik.


    Errr.. aku dulu menangis tyme pakai konteks lens ni. Punya azab nak lekat kat mata. Nak dekat sejam baru arr familiar~

Post a Comment

anda pilih teh ais yang berbayar atau comment yang free?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...