The Kickass Rule

We are all chasing shadows, aren't we?

Drop some comments
Di 'Story' kan oleh : El Sunday, August 14, 2011 tepat kul 7:08 PM 1 Comment


Ramai kata hari raya semakin lama, semakin tak meriah. Aku setuju sambil tepuk2 meja ala-ala parlimen, sebab memang raya zaman sekarang tak semeriah masa 7 8 tahun dulu.
Aku still ingat last year punya Raya memang tak terasa langsung. Aku taknak cerita banyak pasal tak dapat semayang raya coz lambat pegi semayang sampai takde tempat. (Sekolah sini makin besar, Masjid takde plak nak renovate kasi lagi luas).
Last year, balik je dari masjid, salam-salam, dapat duit raya, ambik gambar, and then........what we'll do now?
Last-last semua duk depan TV, makan ketupat, and ada adik beradik yang terus online.
Dah tak meriah and takde semangat kerayaan. Macam tak raya je. Probably jugak dah ramai siblings dah kawin, so takde lah aktiviti kekeluargaan sangat. Nak2 plak aku dah besar gaban camni, takkan nak merayau umah orang cari duit raya plak kan.

Ok, so tolak personal matters, aku rasa banyak lagi kot yang memberi sumbangan padu dalam pengurangan kemeriahan Hari Raya, compared to Hari Raya 10 tahun dulu, atau kalau korang ada masalah matematik yang kronik, Hari Raya tahun 2001. Sebab bagi aku time tu raya paling meriah. Ni antara faktor-faktor geografi yang menyebabkan raya sekarang kurang meriah.




Teknologi



10 tahun dulu, takde la sangat teknologi2 dalam penggunaan harian. Henpon takde, laptop takde, time tu aku astro pun takde lagi. Mostly memang tak pakai Astro lagi time tu. Tak perlu lah tanya time tu ada iPad ke tak. Kena baling dengan kerusi kang lagi sia-sia je. 
So, tanpa teknologi yang berasaskan entertainment camtu, the only choices left adalah human-to-human contact. Ziarah jiran, lepak rumah sedara, baling mercun ke rumah jiran and sebagainya. Sekarang? Jiran dengan jiran pun nak wish kat facebook selamat hari raya. *adusss!
Balik-balik kawan perempuan a.k.a jiran aku ajak kat facebook and sms, 'senang-senang datang la rumah'.
Dah 3 kali raya aku still tak senang2 lagi. (segan actually)








Amalan pow duit raya makin kurang




Aku tak sure kat tempat korang. Tapi tempat aku dulu, setiap hari sampai dekat 10 kali orang datang beraya. Sekali rombongan nak ramai plak tu kan. Taknak plak datang sorang-sorang. Makan tak mana, duduk jap terus nak balik. Dah kata nak balik pandai plak tunggu tuan rumah amik duit raya tu. Pernah gak mak aku sampai suh tutup pintu and tingkap sebab pokai kena pow je dengan bebudak. Tapi if we look it on a bright side, itulah raya kat Malaysia. Budaya camtulah yang buat Hari Raya special dari hari lain. Wordless Wednessday pun takleh lawan.

Tapi sekarang dah jarang sangat budak yang rajin cari duit time raya. Kalau ada pun just yang jiran-jiran atau sedara jauh yang datang bawak sepupu sepapat dorang. Dalam sehari ada lah dalam 3 4 kali orang datang. Aku tau dah bebudak yang lain tu tak lain duk umah main facebook atau main PS. Bosan tul lah bebudak sekarang.

Alah, penat-penat pegi rumah orang dapat singgit je,
kite duk umah pun mak kite bagi RM50 tawww






Bunga api diharamkan



Ini yang aku agak tak faham. Yes, mercun tu bahaya, meriam tu salah, kabaid tu haram. Tapi why the hell bunga api pun nak diharamkan jugak? Sebab kalau tengok surat khabar and berita pun yang berlumba-lumba masuk ICU putus jari putus tangan just sebab mercun kan? Pernah ke tengok berita dalam Harian Metro dengan headline: 
"Pelajar putus urat kentut akibat bermain bunga api."
atau
"Remaja hilang kebolehan kencing berdiri akibat terpijak mercun pop-pop"
takde kan?



I mean, aku tak faham kenapa authorities tak boleh bezakan mercun dengan bunga api, and bahaya kedua-duanya. Mercun tu maybe kalau meletup kan tangan boleh hilang jari, tapi setakat bunga api singgit sebatang tu apadehal sangat. Anak buah aku umur 3 tahun kena spark bunga api pun tak nangis, takkan average guy boleh injured. Lainlah kalau dia telan bunga api tu.
And disebabkan pengharaman bunga api, aga susah nak cari bunga api, and harga pun makin mahal. Cam haram.




Kad raya? Apa tu?




Dulu kalau nak dekat raya, selalu orang berkirim-kirim kad raya. And penjualan kad raya kat sekolah aku dulu agak laku. Especially girls, setiap tahun mesti dapat kad raya and ecxited gile sampai gantung dalam bilik. Aku? Selama aku hidup just pernah ada dua je kad raya. Once dari bekas jiran aku, time tu baru 8 tahun. Tapi dia sangat best sebab even umur dia time tu 9 tahun tapi dia sanggup tulis panjang-panjang and post ke rumah. Masa tu aku tak give a damn and tak appreciate sangat sebab tak faham pasal kad raya nih. Baca pun tak. Secondly aku dapat dari girl masa form 5. Thanks to her kerana tak membuat aku rasa terlalu noob.
Sekarang dah takde dah kad raya, kad supermarket yang dulu empty ruck sekarang bertimbun kad raya tak terjual. Orang lebih prefer wish kat fb je. Bosan tul hidup.


Dulu: Cuti = Puasa+ Raya

Dulu Raya sangat meriah sebab bulan puasa dirasai sangat-sangat. Why? Sebab 10 tahun dulu, masuk bulan puasa je dah cuti. Kira waktu bulan puasa dengan raya masuk dalam cuti sekolah. Bila time puasa pun dah cuti, adik beradik sume ada kat rumah, and perasaan puasa kat rumah lagi best dari puasa kat skolah. Rasa macam bulan Ramadhan tu bulan yang special sebab ada cuti. Then, dari kemeriahan puasa tu lah, meriah jugak hari raya. Cuti sekolah ada 2 3 bulan, memang ngam-ngam sangatlah dengan puasa sebulan and raya sebulan.





So if u all rasa otherwise, depends lah. Kalau korang tak setuju and rasa raya korang still meriah, silalah tulis entry baru kat blog masing-masing. Nanti invite aku baca. Heheh. 

Chow.

best ke tak best? 

1 Response so far.

  1. raya dah semakin membosankan kerana masa dah semakain cepat dan udah akhir zaman.kita pun udah besar dan banyak perkara yang penting perlu dilakukan.kalaulah masa boleh berpatah balik mungkin kita akan berasa kenikmatan raya semula.

Post a Comment

anda pilih teh ais yang berbayar atau comment yang free?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...