The Kickass Rule

We are all chasing shadows, aren't we?

Drop some comments
Di 'Story' kan oleh : El Tuesday, March 8, 2011 tepat kul 12:02 PM 1 Comment

skang nie banyak an kita dgr sal bajet? Bukan bajet as in kewangan atau keduitan, tapi bajet secara sifat yg tak berapa nak semulajadi oleh manusia2 zaman skang. Bajet, poyo and perasan bagus adalah sekutu. Law beza pon tak banyak. Taw an mamat atau minah bajet tu apa? Law taktau tanya mak korang. Law mak korang tataw gak, pandai2 law taw2 kan sendiri. Well, aku sendiri dulu tak taw gak bajet tu apa tapi org duk sebut dia bajet la, yg ni bajet la, masa aku form 5 or something, ayat bajet nih dah dgunakan di kalangan member2 aku. Tapi, time tue cuma dgunakan as sindiran atau jokes. Kira general lah. Yg suka cakap besar pon namanya bajet. Means, sape yg dilabel bajet time tuh taklah terasa mana cos benda tue sama level dgn sengal, bongek dan yg sekutu dgnnya...tiga2 nih aku pernah rasa.



Dah masuk matrik lain lak citenya. Bajet digunakan lebih spesifik yg mnunjukkan org tue perasan bagus dari segi gaya, cara bercakap, mimik muka, and sikap. Tak semestinya org tue cakap besar dia bajet, sebab org yg ckp cam merendah diri, tapi ley nmpak yg dia cuma nak tunjukkan yg dia sedang merendah diri supaya org puji dia lebih lagi, haa tu lagi bajet. Kat matrik gelaran bajet nih agak bahaya. Sape2 pon tanak. Sebab sebutan b.a.j.e.t tu ley mmbunuh confident kita as remaja and boleh buang member. Tapi aku kena label gak. Adoyai.



Contoh2 perbuatan yg boleh diiktiraf sebagai bajet:

(1) buat muka control hensem/macho
(2) jalan control (ala2 catwalk)
(3) pakai baju nak lawa2 walaupun g kedai runcit jer pun.
(4) buat2 tak layan sgt bila org tegur (jaga standard)
(5) buat gaya cool especially bila dgn pmpuan n dpn orang ramai.
(6) buat muka tension bila tgh buat kerja atau task supaya nmpak cam work hard giler.
(7) Suka amik gambar bila kuar atau lepak dgn member.
(6) Suka amik gmbar sendiri.

Contoh2 percakapan yg boleh mengundang kebajetan:

(1) Cakap cam dia sorang bagus
(2) Asyik crite sal diri sendiri.
(3) Slalu crite sal dia dgn pakwe/makwe n apa dorg buat.
(4) Crite sal ada org minat dia.
(5) Cakap cam merndah2 diri, tapi banyak lak ckp.
(6) Cakap sal dia, abang dia, bapak dia, mak dia sampailah ke tok nenek dia, over and over again.
(7) Cakap sambil senyum bajet. (tau x senyum bajet cmner?)
(8) Cakap banyak depan orang utk dapat attention.
(9) Buat gaya bercakap cam macho cam pelakon drama, ala2 Rosyam Nor atau Jalalludin Hasan.
(dorang berlakon depan kamera tkperlah, yg hang nak wat drama dpn member2 wat pe)

So, conclusionnye bajet nie haruslah dielakkan. (rasa cam penutup karangan lak plak
Actly, bajet nie datang tak sedar, and mostly datang bila kita cuba nak jadi diri orang lain. Nak jadi lebih cool, and nak dipuji. Aku cakap sumer kat atas nih sebab aku dah deal dgn ramai org2 yg bajet. Maksud aku orang, dalam bilangan yg ramai. Bukan orang-orang kat sawah padi tue. And aku pon pnah kna pggil bajet time kat matrik dlu.Maybe aku tak perasan mula2, tapi gaya aku yg pendiam dlu maybe salah dimata org kot. And teruk aku dihentam org. Dari yg aku tak kenal, smpai lah ke ke mamat/ minah haramjadah mana yg aku tak kenal sumer annoyed dgn aku. Tapi tak sumer yg benci,rasanya lagi ramai yg suka aku kot...haha (terbajet lah plak)


Yangg penting, cari siapa diri kita,and be ourselves. And sesungguhnya takder orang2 yg cool tahu bahawa dia cool. Orang yang taw dia cool itu dipanggil bajet cool.. adiooS

best ke tak best? 

1 Response so far.

  1. WE ARE HIRING NEW LIVE WEBCAM MODELS!
    RECEIVE MORE THAN $10,000 EVERY WEEK.
    SIGN-UP AS A BONGA MODELS CAM MODEL TODAY!

Post a Comment

anda pilih teh ais yang berbayar atau comment yang free?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...